Monday 29 December 2014

Mesyuarat Mengenai Skim Pembiayaan PTPTN

Pada 16 Disember 2014, PKIBM bersama Yayasan Ekuiti Nasional (EKUINAS) telah menghadiri mesyuarat yang di pengerusikan oleh YBhg Dato' Mat Noor Nawi, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II Malaysia.

Kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II Malaysia yang telah diadakan pada 11 Disember 2014/ Khamis, jam 6.00pm-7.00pm.

Seramai 12 ahli Barisan Kepimpinan PKIBM Sesi 2014/2017 telah hadir. Objektif kunjungan hormat ini adalah bagi memantapkan hubungan antara Kementerian Pendidkan Malaysia dengan PKIBM di samping membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan terutamanya isu PTPTN.




Friday 14 November 2014

Kunjungan Hormat PKIBM ke atas YBrs. Profesor Dr. Mohd Majid Bin Konting (Pengarah AKEPT)

Sedang berbincang mengenai kerjasama AKEPT-PKIBM


 
Pada 14 November 2014, pimpinan PKIBM telah membuat kunjungan hormat ke atas YBrs. Profesor Dr. Mohd Majid Bin Konting, Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT). 

Didalam perjumpaan tersebut, pimpinan PKIBM telah berbincang mengenai program-program yang boleh memanfaatkan ahli-ahli PKIBM. Antara program yang dibincangkan ialah Program Kepimpinan IPTS Bumiputera dan GST.


LAWATAN MUHIBAH OLEH EXCO PKIBM MENEMUI AHLI DAN BUKAN AHLI PKIBM PANTAI TIMUR.

Alhamdulillah, pada tanggal 28 Oktober 2014, Pimpinan Exco PKIBM 2014/2017 telah berjaya mengadakan satu Program Lawatan Muhibah untuk menemui ahli PKIBM dan rakan IPTS bumiputera yang berada di negeri-negeri Pantai Timur yang dihoskan dengan jayanya oleh Kolej Universiti Bestari.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dikalangan ahli PKIBM dan dan rakan IPTS bumiputera dimana program ini adalah julung kali diadakan . Secara umumnya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu bertukar pandangan bagi memartabatkan IPTS bumiputera di persada pendidikan negara.

Ucapan infiniti tahniah dan terima kasih daripada Sekretariat PKIBM 2014/2017 kepada semua pimpinan Exco PKIBM 2014/2017, warga Kolej Universiti Bestari dan semua pemimpin IPTS Bumiputera yang telah mengorbankan masa dan tenaga didalam menguatkan ukhuwah ini.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan didalam mengharungi segala cabaran pada masa akan datang.


Ahli lawatan disambut dengan persembahan silat cekak.

Ucapan aluan tuan rumah oleh Prof. Dato' Dr. Tengku Mahmud Bin Mansor
yang juga selaku Timbalan Presiden PKIBM.

Ucapan Tuan Amir Hamzah Bin Md Isa,
Presiden PKIBM 2014/2017

Ahli lawatan mendengar amanat Presiden
di Dewan Kolej Universiti Bestari.

Ahli lawatan bermesyuarat dan bertukar pandangan antara Pimpinan PKIBM,
ahli PKIBM dan rakan IPTS Bumiputera di negeri-negeri Pantai Timur.

Ahli lawatan mendengar taklimat
Projek Lebah Trigona Kolej Universiti Bestari

Ahli lawatan sempat melihat penghasilan madu di Projek Lebah Trigona Kolej Universiti Bestari

Monday 10 November 2014

Pembiayaan PTPTN untuk pelajar IPTA dikurangkan 5 peratus, IPTS 15 peratus.

Bernama |Kemas kini:November 05, 2014

Pembiayaan PTPTN untuk pelajar IPTA dikurangkan 5 peratus, IPTS 15 peratus
Pembiayaan PTPTN untuk pelajar IPTA dikurangkan 5 peratus, IPTS 15 peratus
KUALA LUMPUR: Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikurangkan lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mulai 1 Nov.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata bagaimanapun, jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.

Katanya penyelarasan itu dibuat berikutan kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November ini.

"Satu daripada punca kekangan dana PTPTN adalah peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian.

"Bagaimanapun, pelaksanaan penyelarasan ini telah dinyatakan dalam pekeliling PTPTN Bilangan 1 tahun 2014 yang telah dimaklumkan kepada semua IPTA dan IPTS di seluruh negara pada 29 Okt lalu," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Mastura juga berkata, pihaknya telah melaksanakan kaedah penggunaan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kaedah tapisan bagi menentukan kelayakan jumlah pembiayaan bagi semua peminjam baharu.

"Jika data peminjam atau ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M, mereka akan menerima pembiayaan maksimum PTPTN.

"Bagi bukan penerima BR1M, sebanyak 75 peratus pembiayaan akan diberikan kepada keluarga yang pendapatannya tidak melebihi RM8,000 dan 50 peratus untuk pendapatan bulanan keluarga pelajar melebihi RM8,000," katanya.

Katanya dalam usaha memastikan kelestarian PTPTN, kempen-kempen kesedaran, insentif bayaran balik dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi bayaran balik pembiayaan.

"Selain itu, tindakan pengurangan perbelanjaan juga perlu dilaksanakan oleh PTPTN berasaskan kedudukan kewangan semasa," katanya.



Syarat Baru Pinjaman PTPTN dan Jumlah Pinjaman Berasaskan BR1M

PTPTN telah mengurangkan jumlah pinjaman atau pembiayaan serta perketatkan penerimaan pinjaman penuh PTPTN mulai 1 November 2014. Mungkin ada yang telah mengetahui hal ini sebab pihak PTPTN telahpun mengeluarkan surat pekeliling Bilangan 1 2014 kepada semua IPTA dan IPTS sejak Oktober 2014.


Menurut pekeliling tersebut, PTPTN mengurangkan jumlah pinjaman sebanyak 5 peratus untuk pelajar-pelajar di IPTA manakala 15 peratus dikurangkan untuk pelajar IPTS bermula 1 November 2014. Walaubagaimanapun, jumlah pembiayaan bagi pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.
Jumlah pembiayaan atau pinjaman ini dikurangkan disebabkan PTPTN kekurangan dana. Faktor utama ialah kerana masih ramai peminjam PTPTN yang belum membayar balik pinjaman yang telah dibuat.

Pekeliling PTPTN Bilangan 1 2014

Pekeliling PTPTN jumlah biaya baru november 2014 dan syarat kelayakkan

Syarat Baru PTPTN Lebih Ketat

Ada syarat baru dalam PTPTN.

  • Kelayakkan jumlah pembiayaan akan ditapis menggunakan data BR1M, bagi semua 50,000 peminjam baru. Jika ibu bapa terima BR1M maka pelajar berkenaan akan terima pinjaman maksimum. 
  • Bagi ibu bapa yang bukan penerima BR1M dan berpendapatan tidak melebihi RM8000, pelajar berkenaan hanya layak terima 75 peratus daripada pinjaman tersebut. Jika ibu bapa bukan penerima BR1M dan berpendapatan lebih dari RM8000, maka pinjaman yang diberikan hanyalah 50 peratus sahaja.

Jumlah Pinjaman Baru Secara Perbandingan

jumlah pinjaman baru ptptn mulai november 2014