Menurut pekeliling tersebut, PTPTN mengurangkan jumlah pinjaman sebanyak 5 peratus untuk pelajar-pelajar di IPTA manakala 15 peratus dikurangkan untuk pelajar IPTS bermula 1 November 2014. Walaubagaimanapun, jumlah pembiayaan bagi pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.
Jumlah pembiayaan atau pinjaman ini dikurangkan disebabkan PTPTN kekurangan dana. Faktor utama ialah kerana masih ramai peminjam PTPTN yang belum membayar balik pinjaman yang telah dibuat.
Pekeliling PTPTN Bilangan 1 2014
Syarat Baru PTPTN Lebih Ketat
Ada syarat baru dalam PTPTN.
- Kelayakkan jumlah pembiayaan akan ditapis menggunakan data BR1M, bagi semua 50,000 peminjam baru. Jika ibu bapa terima BR1M maka pelajar berkenaan akan terima pinjaman maksimum.
- Bagi ibu bapa yang bukan penerima BR1M dan berpendapatan tidak melebihi RM8000, pelajar berkenaan hanya layak terima 75 peratus daripada pinjaman tersebut. Jika ibu bapa bukan penerima BR1M dan berpendapatan lebih dari RM8000, maka pinjaman yang diberikan hanyalah 50 peratus sahaja.
Jumlah Pinjaman Baru Secara Perbandingan